Kajian Kefahaman Konsep Fotosintesis Dalam Mata Pelajaran Biologi Kbsm Di Kalangan Pelajar-pelajar Tingkatan Iv

Chong, Sing Sing and Bakar, Md Nor (2002) Kajian Kefahaman Konsep Fotosintesis Dalam Mata Pelajaran Biologi Kbsm Di Kalangan Pelajar-pelajar Tingkatan Iv. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini adalah satu kajian tinjauan tentang kefahaman konsep fotosintesis dalam amta pelajaran Biologi KBSM di kalangan pelajar-pelajar tingkatan IV. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar dalam menguasai konsep fotosintesis bagfi mata pelajaran biologi dan mengenalpasti jenis-jenis kesalahfahaman yang sering dilakukan oleh pelajar dalam menyelesaikan soalan-soalan berkaitan dengan tajuk fotosintesis. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang responden tingkatan IV di empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan Zon JB, Daerah Johor Bahru. Instrumen kajian ialah ujian penguasaan. Set ujian penguasaan ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A adalah tentang latar belakang responden manakala bahagian B terdiri daripda soalan terbuka untuk menguji sejauhmana tahap kefahaman pelajar terhadap konsep fotosintesis. Kesemua data yang diperolehi diproses dengan menggunakan komputer melalui program SPSS version 10.0 (Statiscal Package For The Social Sciences). Penganalisaan data dibuat untuk mendapatkan kekerapan, peratus serta min bagi setiap item ujian dalam set ujian penguasaan. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman pelajar Tingkatan IV terhadap konsep fotosintesisadalah sederhana. Ini dapat dibuktikan dengan skor min sebanyak 2.09, iaitu diketegori dalam tahap kefahaman separuh dengan kesalahfahaman. Beberapa cadangan telah diberikan dalam kajian ini untuk meningkatkan kefahaman pelajar kendiri (MPK) yang bertajuk MPK Biologi Tingkatan IV: Fotosintesis telah dihasilkan sebagai implikasi kajian ini. Akhirnya, beberapa cadangan kajian lanjutan turut dikemukakan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02133
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:56
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11781

Actions (login required)

View Item View Item