Tahap Kesediaan Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-guru Di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan, Alor Setar, Kedah

Abu Bakar, Nur Aziah and Idris, Abdul Razak (2002) Tahap Kesediaan Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-guru Di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan, Alor Setar, Kedah. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kementian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Projek Rintis Buku Elektronik (E-Book) pada Julai 2001 yang merupakan pertama yang seumpamanya di dunia. Oleh itu, pendidik masa kini perlu mendalami lebih darip[ada leterasi komputer untuk mencapai kompetensi teknologi bagi memastikan kejayaan mengintergrasikan teknologi ke dalam bilik darjah. Satu kajian yang berbentuk tinjauan telah dijalanbkan untuk menetukan tahap kesediaan penggunaan komputer di kalangan guru-guru di Sekolah Menegah Kebangsaan Kubang Rotan. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan guru menggunakan komputer untuk tujuan penulisan dan penyampaian rekod tetapi kurang menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagaimanapun mereka percaya bahawa komputer dapat digunakan sebagai alat bantuan mengajar bagi meningkatkan keberkesanan dan menjimatkan masa pengajaran. Selain itu, pengajran dapat disampaikan dengan lebih berkesan kerana pelajar-pelajar memberikan tindakbalas yang positif serta pencapaian mereka didapati semakin meningkat. Dari segi masalah yang dihadapi, guru-guru didapati kurang pengetuan dan kemahiran tentang penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran serta tidak yakin melayari internet sendirian. Oleh itu disarankan agar satu bentuk latihan yang berkesan untuk penagjaran perlu dibentuk supaya supaya mereka dapat menggunakan teknologi maklumat secara efectif. Selain itu kemudahan perkakasan dan internet mestilah lengkap untuk kegunaan guru-guru dan pelajarnya khasnya. Walaupun kos persediaan prasarana ini adalah tinggi, tetapi ia adalah sesuatu yang perlu disediakan dan sudah pasti pulangannya juga diharapkan baik.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02121
Subjects: Educational Technology > Instructional Technology
Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:56
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11769

Actions (login required)

View Item View Item