Masalah Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Di Lima Buah Sekolah Menengah Harian Di Negeri Perak

Abdul Rahman, Ahmad Zamri and Ahmad, Adnan (2002) Masalah Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Di Lima Buah Sekolah Menengah Harian Di Negeri Perak. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Perkembangan pesat di bidang pendidikan dan teknologi telah menyebabkan berlakunya reformasi dunia pendidikan. Beberapa mata pelajaran dalam bidang teknikal diperkenalkan. Antaranya ialah Lukisan Kejuruteraan yang diperkenalkan pada tahun 1993 yang merupakan mata pelajaran elektif dalam kumpulan II Teknologi dan Vokasional bagi pelajar Tingkatan Empat dan Lima di sekolah menengah harian. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mata pelajaran ini tidak begitu memberangsangkan. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan pembelajaran di kalangan pelajar dalam mata pelajar Lukisan Kejuruteraan. Enam aspek dijadikan persoalan dalam kajian ini iaitu minat, dorongan keluarga, peranan guru, kesesuaian persekitaran bilik Lukisan Kejuruteraan untuk prose pembelajaran, kemahiran pelajar menggunakan peratan melukis dan kefahaman konsep pelajar terhadap sesuatu jenis lukisan. Responden kajian ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan empat darii lima buah sekolah menengah harian harian di negeri Perak. Kajian ini telah menggunakan soal selidik sebagai alat mengumpul data. Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian SPSS. Setelah menganalisa dapatan kajian didapati keenam-enam aspek yang dikaji adalah menjadi permasalahan npembelajaran di kalangan pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Justeru itu beberapa cadangan dikemukakan kepada pihak berkaitan untuk mengatasi masalah ini.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02102
Subjects: Theory and Practice of Education > Learning Difficulties
Technical & Vocational Education > Technical and Vocational Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:56
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11750

Actions (login required)

View Item View Item