Kajian Kefahaman Konsep Mol Dalam Mata Pelajaran Kimia Kbsm Di Kalangan Pelajar-pelajar Tingkatan Iv

Tee, Lay Wee and Bakar, Md Nor (2002) Kajian Kefahaman Konsep Mol Dalam Mata Pelajaran Kimia Kbsm Di Kalangan Pelajar-pelajar Tingkatan Iv. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini merupakan satukajian tinjauan tentang kefahaman konsep mol dalam mata pelajaran Kimia KBSM di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan IV. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar dalam menguasai konsep mol bagi mata pelajaran Kimia dan mengenalpasti jenis-jenis kesalahfahaman yang sering dilakukan oleh pelajar dalam menyelesaikan soalan-soalan yang berkaitan dengan topik konsep mol. Sejumlah 120 orang responden Tingkatan IV di empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan, daerah Kulai telah dilibatkan dalam kajian ini. Sample kajian ini adalah dipilih secara rawak oleh guru-guru bagi sekolah masing-masing. Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian penguasaan. Set ujian ini mengandungi 10 soalan yang terdiri daripada soalan terbuka untuk menguji sejauhmana tahap kefahaman pelajar terhadap konsep mol. Kesemua data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian komputer melalui program SPSS version 10.0 (Statistical Package For Social Sciences). Penganalisaan data dibuat untuk mendapatkan kekerapan, peratusan serta min bagi setiap item ujian dalam set ujian. Daripada dapatan kajian, didapati bahawa tahap kefahaman pelajar tingkatan IV terhadap konsep mol adalah sederhana. Ini dapat dibuktikan dengan skor min sebanyak 2.18, iaitu dikategorikan dalam tahap faham separuh dengan kesalahfahaman. Cadangan-cadangan telah diberikan dalam kajian ini untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam menguasai konsep mol. Akhirnya, beberapa kajian lanjutan telah dicadangkan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02054
Subjects: Chemistry Education > Chemistry Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:56
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11702

Actions (login required)

View Item View Item