Gaya Pembelajaran Dan Hubungannya Dengan Tahap Keupayaan Menyelesaikan Masalah Sains Di Kalangan Pelajar-pelajar Tingkatan Empat Kawasan Skudai, Johor

Sim, Winnie Siew Li and Kamaruddin, Meor Ibrahim (2002) Gaya Pembelajaran Dan Hubungannya Dengan Tahap Keupayaan Menyelesaikan Masalah Sains Di Kalangan Pelajar-pelajar Tingkatan Empat Kawasan Skudai, Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti taburan gaya pembelajaran pelajar, tahap keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah sains, menentukan sama ada terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dengan tahap keupayaan menyelesaikan masalaha sainsdan juga mengenalpasti sekiranya terdapat perbezaan signifikan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian dalam menyelesaikan masalah sains di tiga buah sekolah menengah kawasan Skudai, Johor Darul Ta zim. Sola selidik oleh Honey dan Mumford (1992) telah digunakan untuk mengumpulkan maklumat mengenai gaya pembelajaran dearipada sampel kajian yang terdiri daripada 200 orang pelajar tingkatan empat aliran sains. UTKMMS digunakan untuk menyiasat keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah sains. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 10.0 for windows. Hasil dapatan kajian menunjjukkan sebilangan besar pelajar adalah Activist. Dari aspek tahap keupayaan menyelesaikan masalah sains, pelajar-pelajar menghadapi masalah dalam menulis persamaan kimia. Kajian juga mendapati mereka lemah dalam merancang langkah penyelesaian dan dalam mendapatkan jawapan. Keputusan analisis kolerasi menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar dengan tahap keupayaan menyelesaikan masalah sains. Walau bagaimanapun, hubungan tersebut adalah lemah (C=2.089). Keputusan juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan sognifikan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian dalam menyelesaikan masalah sains. Beberapa cadangan telah dikemukakan agar para pendidik dapat memenuhi keperluan gaya pembelajaran semua pelajar5 dan meningkatkan keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah sains.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02000
Subjects: Theory and Practice of Education > Specific Learning Practices
Science Education > Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:55
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11648

Actions (login required)

View Item View Item