Satu Kajian Tahap Kecergasan Fizikal Pemain Kriket Kebangsaan Yang Mengikuti Program Latihan Fizikal Selama 6 Minggu

A Jayaraman, Thiru Kali Thevi and Rahabah, Abdhamid (2002) Satu Kajian Tahap Kecergasan Fizikal Pemain Kriket Kebangsaan Yang Mengikuti Program Latihan Fizikal Selama 6 Minggu. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian berbentuk eksperimental ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauhmanakah program latihan fizikal dapat memberi kesan yang positif ke arah peningkatan tahap kecergasan fizikal pemain-pemain kriket kebangsaan yang berumur di antara 20 hingga 30 tahun. Komponen-komponen daya tahan otot, kekuatan otot, ketangkasan, kelembutan dan daya tahan kardiovaskular telah di bina melalui latihan yang terdiri daripada latihan litar, latihan jeda, latihan aerobik, latihan bebanan dan latihan latih tubi aktiviti larian yang dilakukan bergilir-gilir tiga kali seminggu selama 6 minggu. Ujian kecerdasan fizikal telah dijalankan ke atas pemain sebelum dan selepas mengikuti program latihan fizikal ini. Sebanyak enam item ujian telah digunakan untuk mengukur komponen-komponen kecergasan fizikal iaitu ujian bangun tubi, ujian lompat jauh berdiri, ujian lari ulang-alik, ujian duduk dan jangkau dan ujian lari 2.4 km. Semua data telah diproses dengan menggunakan program statistik versi 10.0 berdasarkan penganalisaan data dengan kaedah ujian-t untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang signifikan dalam komponen kecergasan fizikal pemain-pemain selepas mengikuti program latihan fizikal. Selain daripada itu, penggunaan enam bateri ujian kecergasan fizikal untuk mengukur tahap kecergasan pemain-pemain juga telah mempengaruhi dapatan kajian ini berdasarkan nilai yang signifikan dan peningkatan perbandingan nilai min dan sisihan piawai semasa ujian pra dan ujian pos. jangka masa program latihan fizikal selama enem minggu juga mempengaruhi dapatan kajian yang mana semua dapatan telah berjaya menolak hipotesis kajian null kerana terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kecergasan fizikal keseluruhan pemain selepas mengikuti program latihan tersebut.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 01990
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:55
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11638

Actions (login required)

View Item View Item