Perkaitan Self Talk Dengan Konsentrasi Dalam Permainan Dart Dan Memanah

Chee, Wilfred Choon How and Omar, Abdul Hafidz (2002) Perkaitan Self Talk Dengan Konsentrasi Dalam Permainan Dart Dan Memanah. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Self-talk merupakan salah satu cara seseoerang dapat meningkatkan aras motivasi samasa pertandingan . Bunker(1995) mengatakan apabila seseorang sedang mengamalkan self-talk apabila dia melakukan percakapan dalaman. Mahoney (1979) mendakwa bahawa etlit mampu meningkatkan aras kenyakinana mereka mengamalkan self-talk tepat pada masanya. Self-talk wujud dalam 2 bentuk iaitu positif dan negatif (Williams dan Zinsser, 1993). Dengan positive self-talk, atlit lebih berkecenderungan untuk berfikir dengan lebih rasional dan meningkatkan npenumpuan pada permainan mereka. Manakala dengan negative self-talk, mereka sudah tewas walaupun pertandingan belum bermula. Kajian ini mengkaji bagaimana atlit-atlit mampu meningkatkan aras konsentrasi mereka apabila mereka mengamalkan self-talk. Kajian ini dijalankan pada 2 fasa. Dalam fasa pertama, 5 pelajar sains sukan, Universiti Teknologi Malaysia diuji dalam permainan dart. Semua sample akan melalui ketiga-tiga ujian iaitu self-talk dengan kawalan, positif dan negatif. Mereka akan diberi satu walkman dengan earphone diletakkan pada telinga untukl mendengar kaset self-talk. Keputusan dicatatkan. Eksperimen yang sama dijalankan ke atas sekumpulan pemanah yang mewakili negeri. Kajian menunjukkan bahawa perbezaan signifikan di antara self-tralk yang positif dan negatif dimana konsentrasi atlit dititikberatkan. Hasil kajian tegas mencadangkan, atlit yang mengamalkan positive self-talk yang mampu memberi tumpuan pada permainan mereka jauh lebih baik daripada mereka yang mengamalkan negative self talk.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 01961
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:55
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11609

Actions (login required)

View Item View Item