Perbandingan Jumlah Pengambilan Oksigen Maksimum (vo2 Max) Di Antara Pemain Ragbi Dengan Pemain Hoki Sukma 2002 Negeri Kedah Darul Aman

Abdul Rahman, Usrah and Omar, Abdul Hafidz (2002) Perbandingan Jumlah Pengambilan Oksigen Maksimum (vo2 Max) Di Antara Pemain Ragbi Dengan Pemain Hoki Sukma 2002 Negeri Kedah Darul Aman. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat dan membuat perbandingan jumlah pengambilan VO2 max diantara pemain ragbi dan pemain hoki SUKMA 2002 negeri Kedah Darulaman. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak dikalangan pemain dalam pasukan tersebut dan seramai 12 orang (n=12) dipilih iaitu 6 orang daripada kalangan pemain ragbi dan 6 daripada kalangan pemain hoki. Pemilihan sampel adalah berdasarkan kepada criteria-kreteria yang telah ditetapkan iaitu sihat tubuh badan, tidak menghidap sebarang penyakit kardiovaskular atau apa-apa penyakit yang berbahaya dan bebas daripada rawatan perubatan. Subjek diuji dengan menggunakan Ujian Bleep sebanyak tiga kali dalam masa tiga minggu iaitu sekali dalam setiap minggu. Data mentah telah dianalisis dengan menggunakan SPSS (Statiscal Package For The Social Sciences). Hipotesis dalam kajian ini diuji mengikut penganalisaan secara statistik yang melibatkan ujian-t. daripada analisis ujian-t didapati jumlah pengambilan VO2 max diantara pemain rugby dan hoki tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dalam ketiga-tiga sesi ujian yang dijalankan, ujian-t ialah 1.208, p 0.05. ini tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dalam jumlah pengambilan VO2 max bagi kedua-dua jenis sukan tersebut.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 01932
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:55
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11580

Actions (login required)

View Item View Item