Masalah Pembelajaran Dan Pembacaan Al-quran Di Luar Waktu Persekolahan. Kajian Terhadap Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai, Johor Bahru

Sungali, Noor Hidayati and Muhammad, Siti Norlina (2002) Masalah Pembelajaran Dan Pembacaan Al-quran Di Luar Waktu Persekolahan. Kajian Terhadap Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai, Johor Bahru. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang masalah pembelajaran pembacaan al-Quran di luar waktu persekolahan, di samping peranan ibu bapa, sekolah dan masyarakat setempat dalam mengalakkannya serta keberkesanan teknik pembelajaran pembacaan al-Quran. Kajian berbentuk deskriptif ini dilakukan ke atas 100 orang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai, Johor Bahru, beberapa buah masjid dan surau sekitar Skudai. Instrumen bagi kajian ini ialah soal selidik, temuramah dan tinjauan. Kajian rintis telah dilakukan untuk menguji keboleh percayaan soal selidik dan hasilnya ialah 0.58. Data yang diperolehi diproses secara manual dan menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS version 10.0). Dapatan dari kajian mendapati sebilangan besar pelajar tidak menghadapi masalah pembelajaran pembacaan al-Quran di luar waktu persekolah. Walau bagaimanapun masalah utama yang dinyatakan ialah masalah tiada guru al-Quran, masalah sikap dan masalah pembahagian masa. Antara peranan yang dimainkan oleh ibu bapa ialah menggalakkan pembelajaran pembacaan al-Quran di luar waktu persekolahan. Pihak sekolah dan masyarakat setempat turut berperanan dengan mengadakan program yang berkaitan. Di samping itu teknik pembelajaran pembacaan al-Quran turut mempengaruhi keberkesanan pembacaan al-Quran. Kajian ini menyarankan beberapa cadangan yang praktikal untuk meningkatkan pembelajaran pembacaan al-Quran di luar waktu persekolahan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 01931
Subjects: Theory and Practice of Education > Learning Difficulties
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:55
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11579

Actions (login required)

View Item View Item