Perbandingan Masa Reaksi Di Antara Pelari Yang Mempunyai Tuas Kaki Yang Panjang Dengan Pelari Yang Mempunyai Tuas Kaki Yang Pendek Dalam Acara Larian 100 Meter

Omar, Zainon and Omar, Abdul Hafidz (2002) Perbandingan Masa Reaksi Di Antara Pelari Yang Mempunyai Tuas Kaki Yang Panjang Dengan Pelari Yang Mempunyai Tuas Kaki Yang Pendek Dalam Acara Larian 100 Meter. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat dan membuat perbandingan masa reaksi di antara pelari yang mempunyai tuas kaki yang pendek dengan pelari yang mempunyai tuas kaki yang panjang di dalam acara larian 100 meter. Kajian ini adalah untuk mengetahui sam ada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap masa reaksi dengan kepanjangantuas kaki yang berbeza. Ia dijalankan ke atas pelajar-pelajar lelaki yangmengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 10 orang pelajar yang berumur di natara 20 tahun hingga 22 tahun telah dipilih sebagai subjek. Pemilihan subjek adalahberdasarkan pencapaian terbaik subjek yang pernah mewakili Kejohanan Sukan Antara Kolej (SUKAM) dalam acara 100 meter. Semua subjek akan dibahagikan kepada dua kumpulaniaitu kumpulan yang mempunyai tuas kaki yang pendek, (n=5) dan kumpulan yang empunyai tuas kaki yang panjang, (n=5). Kedua-dua kumpulan ini akan menjalani ujian yang sama iaitu Ujian Masa Reaksi Neslon. Semua data mentah yang diperolehi daripada ujian yang dijalankan akan dianalisis dengan menggunkan perisian Statiscal Package For The Social Sciences versi 10.0 (SPSS 10.0). daripada hasil penganalisaan yang diperolehi, didapati terdapat perbezaan yang signifikan terhadap masa reaksi di antara pelari yang mempunyai tuas kaki yang pendek dengan pelari yang mempunyai tuas kaki yang panjang di mana nilai p bagi masa reaksi yang dijalankan adalah 0.000 pada aras singnifikan 0.05. kesimpulannya, didapati bahawa kepanjangan tuas kaki boleh mempengaruhi masa reaksi seseorang pelari.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 01928
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:55
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11576

Actions (login required)

View Item View Item