Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Masalah Disiplin Mahasiswa Fakulti Pendidikan : Satu Kajian Terhadap Pelajar Tahun 3 Spi/s/l Utm

Idris, Nor Arina and Wan Embong, Wan Hassan (2002) Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Masalah Disiplin Mahasiswa Fakulti Pendidikan : Satu Kajian Terhadap Pelajar Tahun 3 Spi/s/l Utm. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti factor-faktor yang mempengaruhi masalah displin di kalangan mahasiswa fakulti pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 100 orang pelajar daripada pelajar tahun 3 yan terlibat dalam menjawab soalan soal selidik. Mereka merupakan pelajar-pelajar dari kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) dan Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL) di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Soalan soal selidik yang diedar mengandungi 2 bahagian yang utama iaitu bahagian A dan B. bahagian A mengandungi 8 item soalan berkaitan latar belakang responden. Bahagian B pula mengandungi 31 item yang difokuskan kepada factor-faktor yang mempengaruhi masalah displin pelajar. Data diperolehi melalui maklum balas daripada borang soal selidik yang diedarkan. Apabila data dan maklumat diperolehi, ia dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS version 10.0). hasil keputusan kajian menunjukkan bahawa displin pelajar berada pada tahap yang baik. Namun, factor-faktor seperti pengaruh ibu bapa dan latar belakang keluarga, rakan sebaya, media massa, sikap mahasiswa itu sendiri dan persekitaran turut menyumbang ke arah masalah displin pelajar dalam peratusan yang kecil.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 01913
Subjects: Management of Education > School Administration and Organization
Religious and Moral Education > Moral Studies
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:55
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11561

Actions (login required)

View Item View Item