Pengamalan Nilai-nilai Murni : Satu Tinjauan Di Kalangan Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Tanggai, Mary and Abd Rahman, Mohd Anuar (2002) Pengamalan Nilai-nilai Murni : Satu Tinjauan Di Kalangan Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk meninjau tahap pengamalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian melibatkan seramai 215 responden daripada empat jabatan iaitu Jabatan Pendidikan Teknologi, Teknik dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Sosial, Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik dan Jabatan Pendidikan Multimedia. Kajian ini dijalankan menggunakan soal selidik. Borang soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A, mengandungi 4 soalan berkaitan latar belakang responden. Sementara bahagian B, mengandungi 68 item mengenai nilai-nilai murni. Kajian rintis yang dijalankan menunjukkan soalselidik ini mempunyai nilai alpha 0.90. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS version 10.0) untuk mencari min, kekerapan dan peratus. Setelah analisis dilakukan, dapatan kajian menunjukkan pelajar tahun empat mengamalkan nilai-nilai murni pada tahap tinggi pada keseluruhannya. Kajian juga menunjukkan tidak ada perbezaan yang jelas terhadap pengamalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar berdasarkan etnik dan jabatan. Oleh itu, diharapkan pihak Kementerian Pendidikan terus memberi penekanan kepada pengamalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar di setiap peringkat persekolahan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 01909
Subjects: Religious and Moral Education > Moral Studies
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:55
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11557

Actions (login required)

View Item View Item