Kefahaman Konsep Fotosintesis Pelajar Tingkatan Dua

Brahim, Rohaniah and Nordin, Aziz (2002) Kefahaman Konsep Fotosintesis Pelajar Tingkatan Dua. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kesukaran pelajar dalam memahami dan menguasai konsep-konsep sains memberi kesan terhadap pemahaman pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pemahaman konsep fotosintesis di kalangan pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu, Terengganu. Kajian ini melibatkan 58 orang pelajar tingkatan dua. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data ialah melalui soal selidik dan eksperimen yang meminta responden menjawab soalan yang dikemukakan. Kajian ini mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar dalam konsep fotosintesis. Selain itu, pelajar tidak dapat menjelaskan aspek-aspek dalam konsep fotosintesis iaitu aspek ekologi, aspek fisiologi, aspek pertukaran tenaga dan aspek biokimia. Adalah diharapkan kajian ini dapat mendedahkan kesukaran yang dialami para pelajar ketika mempelajari topik ini. Dengan itu, sebarang tindakan yang wajar untuk mengatasi masalah ini dapat dilaksanakan dengan segera.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 01861
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:55
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11511

Actions (login required)

View Item View Item