Satu Tinjauan Tentang Persepsi Pentadbir, Guru-guru Dan Pelajar Terhadap Perlaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Di Sek. Men. Keb. Pasoh Dua, Negeri Sembilan

Mohd Isa, Zaid (2000) Satu Tinjauan Tentang Persepsi Pentadbir, Guru-guru Dan Pelajar Terhadap Perlaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Di Sek. Men. Keb. Pasoh Dua, Negeri Sembilan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Penulisan kaji selidik ini adalah bertujuan mengenalpasti tentang persepsi pentadbir,guru-guru, dan pelajar terhadap matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Sekolah Menengah Pasoh 2, Negeri Sembilan. Fenomena tanggapan yang menyatakan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tidak penting di sekolah adalah disebabkan oleh pelabagai faktor yang dikenalpasti berlaku disekolah dan dikaji dalam kajian ini. Penulisan ini dapat membantu kita untuk mengenalpasti faktor-faktor penyebabnya dan perbincangan tentang memperbaiki pelaksanaan matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah. Dalam kajian ini faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi guru dan pelajar terhadap matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah seperti kemudahan asas, minat, persekitaran dan dorongan keluarga. Hasil dapatan daripada kajian menunjukkan pihak sekolah memberikan kerjasama dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah. Dikalangan pelajar, persepsi yang diterima adalah positif dan mereka berminat dalam segala aktiviti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Dslam proses membina insan yang kamil dan berketerampilan serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan kehendak falsafah pendidikan negara, pelajar harusdibimbing untuk memenuhi kehendak tersebut. Dengan demikian adalah penting kita meletakkan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sama penting dengan matapelajaran akademik yang lain dalam sistem pendidikan. Segala kemudahan asas dan kemahiran dalam pelaksanaannnya harus ditingkatkan dan diselenggara dengan berkesan. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah penting bagi menentukan pelajar tidak tercicir dalam aspek pemupukan nilai murni dan pembentukan individu yang berjaya dalam akademik dan sahsiah yang positif bersesuaian dengan era pendidikan yang global dan mencakupi pelbagai bidang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 01807
Subjects: Sport Science Education > Sports Management
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:54
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11457

Actions (login required)

View Item View Item