Sikap Dan Amalan Pelajar-pelajar Wanita 4stp, Sesi 1999/2000, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Terhadap Kecergasan Fizikal

Awang Rosli, Dayang Jamaah (2000) Sikap Dan Amalan Pelajar-pelajar Wanita 4stp, Sesi 1999/2000, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Terhadap Kecergasan Fizikal. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kempen Cara Hidup Sihat peringkat Kebangsaan telah dilancarkan pada tahun 1991, dan semenjak itu ianya menjadi programtahunan Kementerian Kesihatan Malaysia. Tujuan kempen tersebut diadakan adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat, sesuai dengan slogan Badan Cergas, Otak Cerdas. Oleh itu peranan guru amat diperlukan untuk mendidik para pelajar agar sentiasa memberi tumpuan pada kegiatan kecergasan fizikal di samping aktiviti akademik. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui sikap dan amalan terhadap kecergasan fizikal. Responden kajian ini terdiri daripada 69 orang pelajar wanita 4 STP, sesi 1999/2000, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malysia, Skudai, Johor. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS dan dipersembahkan dalam bentuk peratusan. Hasil kajian ini mendapati bahawa responden mempunyai sikap yang positif terhadap kecergasan fizikal. Mereka bersetuju bahawa aktiviti fizikal memang penting dalam kehidupan seharian. Majoriti responden juga ada melibatkan diri dalam aktiviti fizikal, walaupun pada tahap yang minimum. Keadaan ini berlaku keran responden menyatakan bahawa mereka perlu memberikan tumpuan yang lebih banyak pada kegiatan akademik khususnya dalam tahun akhir pengajian di UTM. Penglibatan responden dalam aktiviti kecergasan fizikal dapat ditingkatkan sekiranya pihak Fakulti Pendidikan, UTM dapat mengadakan program-program kecergasan sperti senamrobik mingguan dikawasan kampus, mewajibkab subjek ko-kurikulum (sukan) kepada semua pelajar pada setiap semester, menghadkan waktu kuliah sehingga jam lima petang sahaja setiap hari serta melaksanakan program-program kecergasan lain yang seumpamanya.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 01761
Subjects: Physics Education > Physics Education
Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:52
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11411

Actions (login required)

View Item View Item