Incorporating Netmeeting In Collaborative Writing

V.prapagara, Linda and Hassan, Hanita (2013) Incorporating Netmeeting In Collaborative Writing. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji samada penulisan berkumpulan melalui NetMeeting dapat menghasilkan pelajar yang berkemahiran dalam penulisan Bahasa Inggeris serta masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tersebut. Subjek kajian ini adalah 10 orang pelajar tahun pertama Universiti Teknologi Malaysia dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Objektif kajian ditumpukan terhadap pengkajian samada kemahiran penulisan Bahasa Inggeris dapat dipertingkatkan melalui penulisan berkumpulan menggunakan NetMeeting dan mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi semasa proses tersebut dijalankan. Subjek diberi dua tugasan untuk dibincangkan dalam NetMeeting dan data daripada kajian ini dianalisa secara diskriptif. Intrument lain seperti pemerhatian dan temuramah juga digunakan. Dapatan data menyatakan bahawa NetMeeting boleh membantu pelajar dalam meningkatkan penulisan Bahasa Inggeris serta berkongsi idea atau cadangan semasa berbincang dan menghasilkan penulisan tersebut. Masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah berkaitan dengan konflik dalam perbincangan serta penggunaan Bahasa Inggeris terutama dalam penggunaan perbendaharaan kata terbatas. Batasan kajian serta cadangan kajian akan datang juga dibincangkan dalan kajian ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 11020
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Linguistics Education > TESL
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:41
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11390

Actions (login required)

View Item View Item