Tahap Ketangkasan Pemain Bola Jaring Mengikut Kategori Umur Bawah 15, 18 Dan 20 Tahun

Mohd Nor, Nur Ezzaini and Ibrahim, Halijah (2013) Tahap Ketangkasan Pemain Bola Jaring Mengikut Kategori Umur Bawah 15, 18 Dan 20 Tahun. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Ketangkasan ditakrifkan sebagai pergerakan asas yang memerlukan pemain untuk melaksanakan perubahan arah badan secara tiba-tiba dengan pantas. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap ketangkasan pemain bola jaring mengikut kategori umur bawah 15, 18 dan 20 tahun. Kajian ini merangkumi 3 item pengujian ketangkasan iaitu ujian ketangkasan T, ujian ketangkasan Zig-zag dan ujian ketangkasan 505. Seramai 32 orang subjek terlibat di dalam kajian ini. Data terkumpul diproses menggunakan Microsoft Excell 2010 manakala Program Statistical Packages for Social Science (SPSS) 13.0 digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap ketangkasan antara kumpulan kategori. Hasil analisis ujian ANOVA sehala menunjukkan terdapat perbezaan tahap ketangkasan yang signifikan (p<0.05) mengikut kategori pemain bola jaring bawah 15, 18 dan 20 tahun. Hasil dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan tahap ketangkasan yang signifikan antara kategori umur bagi ujian ketangkasan T (F = 3.459, p = 0.044), ujian ketangkasan Zig-zag (F = 7.505, p = 0.02) dan ujian ketangkasan 505 (F = 10.10, p = 0.00). Didapati bahawa tahap ketangkasan pemain kategori bawah 20 tahun adalah lebih baik berbanding pemain kategori bawah 15 dan 18 tahun. Namun begitu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap ketangkasan diantara posisi pemain bola jaring bagi kategori Bawah 15, 18 dan 20 tahun. Oleh yang demikian, ketangkasan amat diperlukan dalam permainan bola jaring kerana ia dapat membantu mereka bergerak dengan pantas dan perubahan arah badan dengan cepat. Malah, ia merupakan salah satu komponen penting kecergasan fizikal yang perlu dikuasai oleh pemain untuk dilakukan semasa latihan ataupun pertandingan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 11008
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:41
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11378

Actions (login required)

View Item View Item