Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (kbkk) Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat(4) Dalam Tajuk Kebarangkalian

Narayanansamy, Usha and Bakar, Md Nor (2013) Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (kbkk) Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat(4) Dalam Tajuk Kebarangkalian. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti pencapaian pembelajaran secara menentukan Komponen Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif yang perlu diterapkan dalam tajuk Kebarangkalian I. Kajian sebenar melibatkan 100 orang responden dari sebuah sekolah menengah daerah Skudai dan telah mengedarkan soalan ujian diagnostik yang bertajuk Kebarangkalian I kepada pelajar tingkatan empat (4) kelas sederhana. Selain itu, temubual juga dilakukan ke atas lima orang pelajar yang dipilih dari responden ujian diagnostik. Ujian diagnostik disemak dan data dikumpulkan dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS 20.0) for Windows. Jadual frekuensi digunakan untuk menunjukkan pencapaian pelajar. Analisis telah dibuat dalam bentuk jadual, carta pai, peratusan, min dan sebagainya. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan pelajar dalam Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dalam tajuk Kebarangkalian adalah pada tahap sederhana dan perlu diperbaiki. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar tidak dapat menjawab soalan ujian diagnostik yang mengandungi soalan Kebarangkalian I. Kajian ini juga membuktikan pengunaan komponen KBKK oleh pelajar masih berada pada tahap yang lemah. Kemudian pelajar juga lemah dalam penggunaan simbol tatatanda set dan pengiraan jawapan dengan menggunakan kalkulator. Masalah dari segi pengiraan yang tidak tepat juga menjadi punca utama kesilapan pelajar dalam kebarangkalian. Dari segi penyelesaian masalah, penyelidik juga menyediakan satu bahan bantu mengajar yang berunsur komponen KBKK dalam tajuk kebarangkalian I. Diharap dengan maklumat yang diperolehi daripada kajian ini berserta dengan bahan bantu mengajar dapat membantu pelajar dan guru dalam proses pengajaran dam pembelajaran pada masa akan datang. Selain itu, kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai garis panduan untuk kajian yang akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 11007
Subjects: Theory and Practice of Education > Teaching Thinking
Mathematics Education > Mathematics Education
Social Aspects of Education > Generic Skills
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:41
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11377

Actions (login required)

View Item View Item