Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (pbk) Pendidikan Ibadat Tahap 1 Sekolah Agama Johor

Yaacop, Nurul Widad and Mohd Yusof, Farahwahida (2013) Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (pbk) Pendidikan Ibadat Tahap 1 Sekolah Agama Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Ledakan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia telah memberi pengaruh yang besar dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknologi ini menjadikan bidang perguruan setaraf dengan bidang profesional yang lain. Para guru menjadikan komputer sebagai alat bahan bantu mengajar yang dapat memberi pembaharuan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sekaligus mampu meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. Justeru itu, Projek Sarjana Muda ini telah memilih untuk membangunkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dalam mata pelajaran Pendidikan Ibadat Tahap Satu berdasarkan silibus Kurikulum Sekolah Agama Johor. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan bahasa gubahan Macromedia Authorware 7.0 serta digabungkan dengan beberapa perisian lain seperti Adobe Photoshop CS3, Pinnacle Studio 15, dan Windows Movie Maker 2.6. Model ADDIE telah digunakan dalam mereka bentuk perisian ini. Manakala teori pembelajaran konstruktivisme pula digunakan sebagai asas pembangunan perisian untuk membina pengetahuan sedia ada pelajar. Pembangunan perisian ini diharapkan dapat memberikan pembaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Agama Johor.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 11006
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Religious and Moral Education > Islamic Education
Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:41
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11376

Actions (login required)

View Item View Item