Pelaksanaan Aktiviti Ko Kurikulum di Sekolah Rendah

Saleh, Zaidi and Abd Rahman, Mohd Anuar (2012) Pelaksanaan Aktiviti Ko Kurikulum di Sekolah Rendah. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian deskriptif menggunakan kaedah kolerasi ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan pengurusan guru besar yang paling dominan dan tahap motivasi kerja guru-guru sekolah rendah. Kajian ini juga bertujuan melihat perbezaan motivasi kerja berdasarkan jantina guru, pengalaman mengajar dan umur guru-guru di sekolah rendah. Responden kajian terdiri daripada 123 orang guru daripada tujuh buah sekolah rendah Zon Jementah di Daerah Segamat, Johor. Borang soal selidik yang diedarkan mengandungi tiga bahagian yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat latar belakang responden, tahap amalan pengurusan guru besar dan motivasi kerja guru. Instrumen kajian telah diuji untuk menentukan kebolehpercayaan berdasarkan skala Alpha Cronbach dalam kalangan 20 orang guru di salah sebuah sekolah rendah dalam Zon Jementah di daerah Segamat. Hasil kajian rintis ini menunjukkan kebolehpercayaan item yang tinggi iaitu amalan pengurusan guru besar (0.934) dan motivasi kerja (0.899). Data kajian dianalisis menggunakan program Statistical Package For The School Science (SPSS) Version 17.0 bagi mendapatkan min, sisihan piawai, peratusan, ujian t, ANOVA dan kolerasi Spearson-r. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan pengurusan guru besar adalah tinggi, begitu juga tahap motivasi kerja guru adalah tinggi. Hipotesis kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi berdasarkan jantina guru, pengalaman mengajar guru dan umur guru. Melalui analisis hubungan pula mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap amalan pengurusan guru besar dengan motivasi kerja guru. Akhir sekali beberapa cadangan kajian lanjutan telah dikemukakan untuk penyelidikan pada masa hadapan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10980
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Primary Education > Primary School Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:41
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11350

Actions (login required)

View Item View Item