Amalan Kepimpinan Etika Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Rendah daerah Segamat

W.hussain, W.nor Asekin and Daud, Khadijah (2012) Amalan Kepimpinan Etika Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Rendah daerah Segamat. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian deskriptif menggunakan kaedah kolerasi ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan etika guru besar dan kepuasan kerja guru-guru sekolah rendah di daerah Segamat. Kajian ini juga bertujuan melihat perhubungan antara amalan kepimpinan etika dengan kepuasan kerja guru sekolah rendah. Responden kajian terdiri daripada 346 orang guru daripada sepuluh buah sekolah rendah Gred A dan Gred B di Daerah Segamat, Johor. Borang soal selidik yang diedarkan mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat latar belakang responden, amalan kepimpinan etika dan kepuasan kerja guru. Hasil kajian rintis menunjukkan kebolehpercayaan item yang tinggi bagi amalan kepimpinan etika dengan nilai alpha cronbanchs 0.946 dan kepuasan kerja 0.836. Data kajian dianalisis menggunakan program SPSS Versi 18.0 bagi mendapatkan min, sisihan piawai, peratusan, dan kolerasi pearson. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa aspek tanggungjawab merupakan elemen kepimpinan etika yang tinggi diamalkan oleh guru besar diikuti dengan kehadiran dan ketulenan. Namun begitu, secara keseluruhan hasil dapatan mencatat tahap amalan kepimpinan etika yang sederhana tinggi. Manakala aspek rakan sekerja dan gaji menunjukkan tahap kepuasan kerja yang tinggi berbanding dengan keselamatan, suasana kerja, penyeliaan dan dasar dan peraturan. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan tahap yang tinggi dalam kepuasan bekerja. Rumusnya hasil kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan etika dan tahap kepuasan kerja berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian bukan sahaja menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan etika guru besar dengan kepuasan kerja malah terdapat juga hubungan yang signifikan antara ketiga-ketiga elemen kepimpinan iaitu tanggungjawab, ketulenan dan kehadiran dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah di derah Segamat. Akhir sekali beberapa cadangan dan kajian lanjutan telah dikemukakan untuk penyelidikan pada masa hadapan. Kata Kunci : Kepimpinan Etika Guru Besar, Kepuasan Kerja Guru.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10972
Subjects: Management of Education > Educational Management
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:41
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11342

Actions (login required)

View Item View Item