Penilaian Terhadap Etika Pengukuran Dan Penilaian Dan Integriti Dalam Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah

Ramzan, Siti Hajar and Abdul Ghafar, Mohammed Najib (2012) Penilaian Terhadap Etika Pengukuran Dan Penilaian Dan Integriti Dalam Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk menyelidik pengetahuan etika pengukuran dan penilaian, dan integriti guru-guru dalam melaksanakan peperiksaan di peringkat sekolah. Persampelan rawak atas kluster digunakan ke atas 140 responden yang terdiri daripada 7 buah sekolah menengah di daerah Johor Bahru. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini merupakan satu set soal selidik yang diambil dari Code of Fair Testing Practices in Education,(2004) dan diterjemah kepada Bahasa Malaysia agar bertepatan dengan skop kajian. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah = 0.95. Data dikumpul dan dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS), Window versi 14.00. Ujian-t, Ujian ANOVA dan Ujian Korelasi Pearson merupakan kaedah utama yang digunakan bagi menganalisis persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap etika dan integriti berdasarkan semua faktor demografi yang dikaji kecuali faktor demografi lokasi sekolah iaitu guru-guru di bandar mencatatkan min integriti yang lebih tinggi berbanding guru-guru di luar bandar. Dapatan kajian juga menunjukkan hubungan yang signifikan antara etika dan integriti dalam kalangan guru-guru sekolah menengah. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, beberapa cadangan tindakan pemulihan telah dikemukakan seperti pihak PPD atau JPN perlu menganjurkan lebih banyak kursus dan bengkel berkenaan integriti untuk para guru selain pemantauan berkala oleh pihak pentadbir sekolah.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10946
Subjects: Evaluation and Assessment > Evaluation and Measurement
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:41
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11316

Actions (login required)

View Item View Item