Satu Kajian Kualitatif Terhadap Permasalahan pembelajaran Dan Pencapaian Akademik pelajar Anak-anak Yatim Muslim di Kota Tinggi, Johor

Misran, Rahayu and A Samah, Narina (2012) Satu Kajian Kualitatif Terhadap Permasalahan pembelajaran Dan Pencapaian Akademik pelajar Anak-anak Yatim Muslim di Kota Tinggi, Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian yang dilakukan meliputi bidang kaunseling dan ia bertujuan untuk mengetahui permasalahan pembelajaran anak-anak yatim Muslim di Kota Tinggi dan permasalahan akademik anak-anak yatim Muslim di Kota Tinggi. Kajian ini juga merupakan kaedah kualitatif dan menggunakan kajian kes sebagai strategi kajian. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah temubual yang melibatkan seramai enam orang responden Kaedah persampelan yang digunakan ialah persampelan bertujuan. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan dengan menggunakan analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa permasalahan pembelajaran anak-anak yatim Muslim di Kota Tinggi ialah disebabkan masalah dengan rakan sebaya, peribadi responden dan sifat malas yang ada dalam diri responden. Manakala permasalahan akademik anak-anak yatim Muslim di Kota Tinggi ialah disebabkan masalah tidak mampu untuk memahami mata pelajaran, tidak boleh menjawab soalan peperiksaan dan responden beranggapan mata pelajaran susah. Secara kesimpulannya kajian ini dapat memberikan gambaran tentang kedudukan sebenar permasalahan pembelajaran dan pencapaian akademik anak-anak yatim Muslim di Kota Tinggi. Pengkaji berharap agar kajian ini dapat memberikan sumbangan terutamanya kepada pihak pengurusan asrama, pihak pentadbiran sekolah, guru bimbingan dan kaunseling dan guru mata pelajaran. Dapatan dan cadangan-cadangan yang dikemukan diharapkan dapat menjadi panduan dan rujukan kepada pihak-pihak yang lain.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10920
Subjects: Theory and Practice of Education > Learning Difficulties
Education and Development > Education and Development
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:41
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11290

Actions (login required)

View Item View Item