Penilaian Etika Dan Integriti Dalam Peperiksaan Di kalangan Pelajar Sekolah Menengah

Saidin, Nurhasyimah and Abdul Ghafar, Mohammed Najib (2012) Penilaian Etika Dan Integriti Dalam Peperiksaan Di kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan etika peperiksaan dan integriti peperiksaan di kalangan pelajar sekolah menengah berdasarkan demografi pelajar iaitu jantina, lokasi sekolah dan bangsa. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui pengutipan data dari borang soal selidik. Responden kajian adalah seramai 337 orang pelajar Tingkatan Empat dari 6 buah sekolah kerajaan di daerah Johor Bahru. Data kajian dianalisis untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, kedudukan dan min. ANOVA Sehala pula digunakan untuk melihat perbezaan tahap pengetahuan etika peperiksaan dan tahap integriti peperiksaan berdasarkan jantina, lokasi sekolah dan bangsa pelajar. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar (min=4.29) mempunyai tahap pengetahuan etika peperiksaan yang tinggi dan mendapati tahap integriti peperiksaan pelajar juga adalah tinggi (min=3.86). Hasil keputusan perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan, antara pelajar bandar dan luar bandar serta di antara setiap bangsa juga menunjukkan perbezaan yang signifikan. Kajian juga mendapati terdapat hubungan di antara tahap pengetahuan etika peperiksaan dan tahap integriti peperiksaan di kalangan pelajar (r=0.234)

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10907
Subjects: Evaluation and Assessment > Evaluation and Measurement
Evaluation and Assessment > Measurement and Evaluation
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:41
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11277

Actions (login required)

View Item View Item