Kefahaman, Kesedaran Dan Amalan Konsep Kepelbagaian Budaya Di Kalangaqn Pelajar Universiti Teknologi Malaysia

Arumugam, Nanthini and Hamdan, Abdul Rahim (2012) Kefahaman, Kesedaran Dan Amalan Konsep Kepelbagaian Budaya Di Kalangaqn Pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kefahaman, kesedaran dan amalan konsep kepelbagaian budaya di kalangan pelajar UTM. Kajian ini telah dijalankan di kalangan pelajar UTM daripada tiga bidang pengajian iaitu Sains, Sains Sosial dan Kejuruteraan iaitu seramai 70 orang pelajar. Alat kajian yang digunakan ialah borang soal selidik. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 15 orang pelajar bagi memperolehi kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur dan mendapat nilai keseluruhan alpha cronbach, iaitu 0.868. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tahap kefahaman (4.03),kesedaran (4.24) dan amalan (3.90) kepelbagaian budaya di kalangan pelajar UTM adalah tinggi. Ujian-t telah dijalankan untuk mengkaji perbezaan tahap kefahaman,kesedaran dan amalan di kalangan pelajar UTM mengikut jantina. Ujian-t dijalankan terhadap ketiga-tiga aspek iaitu kefahaman, kesedaran dan amalan kepelbagaian budaya. H bagi kefahaman (0.103) kepelbagaian budaya diterima kerana nilai p berada di atas nilai alpha iaitu 0.05. H kesedaran (0.001) dan amalan (0.013) ditolak kerana nilai p berada di bawah nilai alpha iaitu 0.05. Selain itu, ujian korelasi menunjukkan bahawa ketiga-tiga nilai p menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara tahap kefahaman (0.000), kesedaran (0,000) dan amalan (0.001) kepelbagaian budaya kerana nialai p bagi ketiga-tiga aspek adalah di bawah nialai alpha 0.05. Oleh yang demikian, pihak UTM perlu meneruskan pelbagai usaha dalam meningkatkan hubungan erat di kalangan pelajar UTM yang berbilang kaum demi kesejahteraan masyarakat dan negara kerana pelajar masa kini adalah pemimpin negara masa hadapan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10887
Subjects: Theory and Practice of Education > Social Foundations of Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:41
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11257

Actions (login required)

View Item View Item