Kaitan Etika Guru Dan Perspektif Sosial Peperiksaan

Halil, Mohd Najib and Abdul Ghafar, Mohammed Najib (2012) Kaitan Etika Guru Dan Perspektif Sosial Peperiksaan. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kaitan antara etika guru dan perspektif sosial peperiksaan. Seramai 145 orang guru di sekolah-sekolah sekitar zon Ulu Tiram dipilih sebagai responden dengan menggunakan kaedah rawak mudah. Data-data yang dikumpul telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian computer SPSS/Window Version 11.5. Penganalisaan dibuat berdasarkan kepada persoalan kajian. Dapatan kajian memperlihatkan tahap etika guru berada pada tahap sederhana dengan skor min 3.130. Hanya pembinaan item berada pada tahap tinggi iaitu skor min 3.805. Pentadbiran ujian berada pada tahan rendah dan peringkat-peringkat lain seperti perancangan ujian, penskoran, interprestasi skor dan pelaporan ujian berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian , menunjukan bahawa perspektif sosial peperiksaan berada pada tahap tinggi. Lima daripada enam konstruk perspektif sosial peperiksaan yang diukur berada pada tahap tinggi iaitu peribadi, masyarakat, negara, sekolah dan kerjaya. Hanya perspektif rakan sekerja yang berada pada tahap sederhana. Min keseluruhan ialah 3.991 dan sisihan piawai 0.383. Secara keseluruhannya , dapatan kajian menunjukkan, nilai korelasi Pearson , r = -0.238. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang lemah antara etika guru dengan perspektif sosial peperiksaan manakala nilai p = 0.004 < 0.05. Maka , hipotesis nol ditolak dan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara etika guru dengan perspektif sosial peperiksaan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10878
Subjects: Evaluation and Assessment > Evaluation and Measurement
Evaluation and Assessment > Measurement and Evaluation
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:41
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11248

Actions (login required)

View Item View Item