Easing Learning Difficulties In Circles Among Fourth Formers Students Using Van Hiele-oriented Learning Instructions

Chiang, Kok Wei and Abu, Mohd Salleh (2012) Easing Learning Difficulties In Circles Among Fourth Formers Students Using Van Hiele-oriented Learning Instructions. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan modul pembelajaran yang dikenali sebagai Modul Pembelajaran Geometers Sketchpad (atau singkatan MP GSP) untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran dalam topik Bulatan. Penyelidikan ini dijalankan dalam lima peringkat. Peringkat I melibatkan pengumpulan maklumat dan penganalisaan data yang berkaitan dengan silibus matematik, masalah pembelajaran pelajar serta maklumat penting tentang pengajaran dan pembelajaran aktiviti Bulatan di tingkatan empat. Peringkat II adalah mereka bentuk modul-modul pembelajaran manakala Peringkat III adalah membangunkan modul pembelajaran. Peringkat ini memberikan tumpuan kepada pemilihan dan reka bentuk kandungan, struktur, aktiviti pembelajaran penting yang berpandukan tiga tingkat pertama pemikiran geometri van Hiele. Aktiviti pembelajaran ini memanfaatkan ciri-ciri dinamik Geometers Sketchpad berbantukan aktiviti visualisasi yang berhubungkait dengan pengenalan, analisis dan deduksi tidak formal. Pada peringkat IV, MP GSP akan diiuji bagi sekumpulan 30 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai peringkat kebolehan. Kumpulan ini telah mempelajari konsep dan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan bulatan menggunakan kaedah tradisional di bilik darjah. Namun demikian, pelajar-pelajar ini akan mempelajari topik yang sama sekali lagi tetapi kali ini dengan bantuan MP GSP. Masalah pembelajaran pelajar sebelum dan selepas menggunakan MP GSP akan diukur dengan menggunakan Ujian Geometri. Pada peringkat V, keberkesanan penggunaan MP GSP dalam membantu masalah pembelajaran pelajar akan dikaji dengan menggunakan analisis markah ujian pra dan ujian pasca serta mengkaji perubahan pada tahap kesukaran dalam kalangan pelajar. Analisis menunjukkan bahawa MP GSP telah membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran dalam Bulatan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10822
Subjects: Theory and Practice of Education > Learning Difficulties
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:40
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11192

Actions (login required)

View Item View Item