Pembinaan Ujian Diagnostik Objektif Dan Kupasan jawapan Bagi Mengesan Kesalahan Pelajar Dalam graf Gerakan Linear

Ahyanuddin, Azzahyiruddin and Abdullah, Fatin Aliah Phang (2012) Pembinaan Ujian Diagnostik Objektif Dan Kupasan jawapan Bagi Mengesan Kesalahan Pelajar Dalam graf Gerakan Linear. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan membina satu set ujian diagnostik objektif dan kupasan jawapan mengenai kelemahan pelajar berdasarkan kepada pilihan jawapan yang salah bagi tajuk Graf Gerakan Linear. Kajian dilakukan di enam buah sekolah menengah di zon Pasir Gudang, Johor. Ia terdiri dari empat Fasa yang melibatkan seramai 575 pelajar Tingkatan Empat dan Lima aliran sains yang telah mempelajari topik Graf Gerakan Linear. Instrumen yang digunakan adalah set soalan ujian diagnostik subjektif, pemerhatian, temubual dan penghasilan set ujian diagnostik objektif. Dapatan dianalisa secara manual dan menggunakan perisian Microsoft Excel 2007 bagi mendapatkan nilai Aras Kesukaran (P), Indeks Diskriminasi (D) dan kebolehpercayaan Kuder Richardson (KR20). Analisis mod kesalahan pula menggunakan perisian Statistical Package for the Sosial Science (SPSS) versi 14.0. Dapatan dari Fasa 1 telah mengkategorikan kesalahan pelajar kepada tiga bahagian iaitu kesalahan konsep graf, kesalahan tafsir graf dan kesalahan hubungkait graf yang kemudiannya dijadikan pilihan jawapan salah bagi 20 soalan objektif pada Fasa 2. Hasil analisis set soalan ujian objektif mengesahkan lagi kategori kesalahan tersebut. Analisis KR20 memberikan nilai 0.907, analisis P menunjukkan 15 item berada pada aras optimum dan analisis D mendapati 19 item adalah berada pada nilai 0.19 ke atas. Pembetulan terhadap hasil semakan soalan oleh guru cemerlang Fizik dan analisis temubual serta pemerhatian meninggikan lagi tahap kesahan ujian. Kesimpulan mendapati bahawa empat fasa yang dijalankan dapat menghasilkan satu set ujian diagnostik objektif berserta set kupasan jawapan yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10818
Subjects: Physics Education > Physics Education
Evaluation and Assessment > Evaluation and Measurement
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:40
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11188

Actions (login required)

View Item View Item