Pembangunan Sistem E-rekod Perolehan Bahan Pusat Sumber Sekolah

Ruslan, Liza and Atan, Noor Azean (2012) Pembangunan Sistem E-rekod Perolehan Bahan Pusat Sumber Sekolah. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Perkembangan dalam teknologi berkomputer sehingga kini telah menjadikan penggunaan sistem berpangkalan data semakin popular terutamanya di dalam bidang pengurusan yang mempunyai timbunan data. Sistem barpangkalan data ini dilihat lebih efisyen dan efektif berbanding proses manual yang agak sukar dalam pengurusan data dan penjanaan laporan secara sistematik. Justeru itu, pengkaji berinisiatif untuk membangunkan sebuah sistem berpangkalan data bagi pengurusan bahan perolehan pusat sumber sekolah. Ini kerana masih terdapat sekolah yang menggunakan cara manual dalam simpanan datanya sehingga hari ini. Tujuan pembangunan sistem berpangkalan data ini adalah bagi menyediakan sebuah platform yang mampu merekod dan memaparkan kembali bahan perolehan pusat sumber sekolah secara teratur disamping membenarkan pengemaskinian data. Terdapat empat capaian berbeza di dalam sistem ini iaitu Guru Perpustakaan dan Media (GPM), Pustakawan, Guru Besar dan guru-guru lain bagi keselamatan data. Proses pembangunan sistem ini adalah merujuk kepada model pembangunan air terjun (waterfall model) yang mempunyai 5 peringkat fasa. Sistem ini telah dibangunkan menggunakan perisian VB.net dan disokong dengan perisian Microsoft Access 2007 yang bertindak sebagai medium bagi pangkalan data. Sistem ini juga telah disahkan oleh beberapa orang pelajar fakulti pendidikan terhadap perjalanan fungsinya dan pangkalan data yang terlibat. Dengan terhasilnya sistem ini diharap dapat membantu memudahkan GPM dalam kerja-kerja merekod bahan perolehan pusat sumber dan pengemaskinian data.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10783
Subjects: Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:40
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11154

Actions (login required)

View Item View Item