Penerapan Kbkk Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Topik Sudut Dongakan Dan Sudut Tunduk Di Kalangan Pelajar Tingkatan Lima

Draman, Mohamad Al Amin and Bakar, Md Nor (2012) Penerapan Kbkk Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Topik Sudut Dongakan Dan Sudut Tunduk Di Kalangan Pelajar Tingkatan Lima. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini di jalankan mengenai penerapan kemahiran berfikir kreatif dan kritis (KBKK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Topik Sudut Dongakan dan Sudut Tunduk di Kalangan Pelajar tingkatan lima. Seramai 100 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 daripada dua buah sekolah yang berbeza telah dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 34 orang pelajar lelaki dan 66 orang pelajar perempuan yang berumur 17 tahun. Data yang diperlukan telah dikumpulkan dengan menggunakan dua kaedah. Kaedah yang pertama adalah dengan mengedarkan set soalan ujian diagnostik Sudut dongakan dan sudut tunduk untuk mendapatkan data kuantitatif dan kaedah kedua adalah sesi temubual untuk mendapatkan maklumat kualitatif. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap pencapaian soalan bagi tajuk sudut dongakan dan sudut tunduk di dua buah sekolah tersebut adalah sederhana. Dapatan kajian ini memberikan implikasi bahawa proses P&P perlu memberikan penekanan kepada proses penerapan kemahiran berfikir agar pelajar dapat meningkatkan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif mereka. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa dua komponen yang perlu diterapkan dalam topik sudut dongakan dan sudut tunduk ini terutamanya kemahiran menghubungkait dan kemahiran mensintesis. Oleh itu cadangan menggunakan bahan bantu mengajar sebagai cara untuk penerapan KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga disertakan dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10780
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:40
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11151

Actions (login required)

View Item View Item