Pembangunan Perisian Menggunakan Pendekatan pembelajaran Berasaskan Masalah Bagi Tajuk Statistik

Husshin, Ruhiyati Hidayu and Idris, Abdul Razak (2012) Pembangunan Perisian Menggunakan Pendekatan pembelajaran Berasaskan Masalah Bagi Tajuk Statistik. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk membangunkan perisian multimedia berbahasa Melayu dalam bentuk CD-ROM bagi tajuk Statistik-Tingkatan Empat berpandukan Sukatan Matapelajaran KBSM menggunakan pembelajaran berasaskan masalah (PBL). Pembangunan perisian pembelajaran ini menggunakan model ADDIE dan meliputi tiga menu utama iaitu Ikut Aktiviti, Tanya Pakar dan Jom Santai. Pelajar boleh mengikuti aktiviti melalui Ikut Aktiviti yang memaparkan empat aktiviti menarik berkaitan graf histogram, poligon kekerapan dan ogif. Jika pelajar menghadapi masalah di dalam aktiviti, Tanya Pakar adalah sumber rujukan yang paling tepat. Jom Santai pula memaparkan dua permainan berkaitan Statistik. Dalam tajuk Statistik ini, pelajar seharusnya dapat membezakan ketiga-tiga jenis graf ini dari segi jenis data, cara data dikumpulkan dalam jadual dan rupa graf yang dikehendaki. Perisian utama yang digunakan bagi membangunkan projek ini ialah Macromedia Authorware, Adobe Photoshop, Swish, dan Microsoft Excel. Penilaian formatif telah digunakan untuk menilai perisian ini di mana soal selidik telah dibuat untuk mendapatkan maklum balas daripada bakal-bakal pendidik dan beberapa pensyarah di Fakulti Pendidikan. Pembangun telah membuat rumusan dan beberapa cadangan telah dikemukakan sebagai rujukan pada masa hadapan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10774
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Educational Technology > Computer Aided Learning
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:40
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11145

Actions (login required)

View Item View Item