Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Untuk mengajar Subjek Matematik Tambahan Di Sekolah Daerah johor Bahru

Mat Isa, Nur Zawani and Idris, Abdul Razak (2012) Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Untuk mengajar Subjek Matematik Tambahan Di Sekolah Daerah johor Bahru. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru untuk mengajar subjek Matematik Tambahan di sekolah menengah di daerah Johor Bahru. Sebanyak dua jenis pendekatan pengajaran yang difokuskan dalam kajian ini iaitu pendekatan induktif dan pendekatan deduktif. Seramai 32 orang guru yang mengajar subjek Matematik Tambahan menjadi responden dan mereka adalah guru dari semua sekolah yang terdapat di daerah Johor Bahru. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Data dikumpul dan dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS 16.0). Dalam kajian ini analisis jenis deskriptif (kekerapan dan peratus) dan inferensi (kolerasi Pearson, r) telah digunakan. Hasil dapatan kajian mendapati guru-guru cederung menggunakan kedua-dua pendekatan dalam mengajar subjek Matematik Tambahan di sekolah. Di samping itu, terdapat juga beberapa factor yang mendorong guru untuk memilih jenis pendekatan pengajaran tersebut. Keputusan ujian kolerasi Pearson-r yang dijalankan terhadap kedua-dua pendekatan pengajaran dengan pengalaman mengajar dan menunjukkan nilai kolerasi,r ialah lemah dan sangat lemah iaitu 0.154 bagi pendekatan deduktif dan 0.292 bagi pendekatan induktif. Ini menunjukkan tiada hubungan yang kuat antara pengalaman mengajar dengan pendekatan pengajaran yang digunakan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10773
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:40
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11144

Actions (login required)

View Item View Item