Kesan Pengambilan Minuman Sejuk Berbandimg Suhu Bilik Terhadap Daya Tahan Kardiovaskular

Hasni, Rahimah and Zainuddin, Zainal Abidin (2012) Kesan Pengambilan Minuman Sejuk Berbandimg Suhu Bilik Terhadap Daya Tahan Kardiovaskular. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Air adalah sangat penting dalam kehidupan seharian. Pengambilan air yang cukup dapat membantu dalam sistem metabolisma tubuh serta dapat melicinkan pergerakan semasa melakukan aktiviti fizikal. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pengambilan minuman sejuk berbanding suhu bilik terhadap daya tahan kardiovaskular bagi atlit wanita pelbagai acara Universiti Teknologi Malaysia. Seramai sepuluh orang subjek wanita Universiti Teknologi Malaysia telah dipilih sebagai subjek di dalam kajian ini. Ujian yang dilaksanakan ialah setiap subjek perlu mengambil air sejuk dan air mineral sebanyak 20% daripada berat badan pada setiap sela 2 minit. Seterusnya setiap subjek perlu berlari di atas treadmill dengan kelajuan tidak kurang dari 6.5 kmjam-1. Didalam pengujian ini, subjek perlu berlari diatas treadmill manakala jam randik digunakan bagi mencatat masa. Skala rate of Perceived Exertion (RPE) digunakan untuk mengukur tahap keletihan subjek sepanjang larian. Data dianalisis menggunakan perisian mikrosoft office excel. Hasil ujian yang dijalankan mendapati bahawa pengambilan air sejuk memberi kesan yang positif berbanding air mineral biasa yang mana pengambilan air sejuk didapati membantu subjek berlari dengan lebih lama. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan diantara pengambilan air sejuk dan air mineral biasa ke atas daya tahan seseorang atlit. Cadangan yang dapat diberikan ialah penggunaan air sejuk adalah lebih baik semasa melakukan aktiviti fizikal.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10769
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:39
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11140

Actions (login required)

View Item View Item