Rekacipta Instrumen Ujian Vertical Jump Menggunakan Sensor 3d

Md Ali, Mohd Faiz and Zainuddin, Zainal Abidin (2012) Rekacipta Instrumen Ujian Vertical Jump Menggunakan Sensor 3d. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Ujian lompatan menegak atau Vertical Jump merupakan salah satu ujjian yang terdapat dalam ujian kecergasan fizikal. Objektif utama kajian adalah untuk merekacipta instrumen baru, berteknologi dan mudah alih bagi memudahkan ujian dilaksanakan. Instrumen yang dihasilkan menggunakan Kinect Sensor dan gabungan perisian yang mampu untuk mengukur serta menyimpan keputusan ujian. Perisian Microsoft Visual c#.NET 2010 merupakan perisian yang digunakan untuk membangunkan seluruh aplikasi Kinect Sensor, manakala perisian Kinect for Windows SDK berfungsi untuk membuat pengiraan ketinggian lompatan. Selain itu, perisian Microsoft Office Access 2007 berupaya untuk menyimpan maklumat seperti data dan keputusan lompatan. Bagi tujuan pengesahan instrumen, satu kajian yang melibatkan dua puluh orang subejk yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu, sepuluh orang pelajar Sains Sukan dan sepuluh orang guru sekolah telah dijalakan. Kumpulan pelajar Sains Sukan menguji kefungsian instrumen manakala kumpulan guru sekolah menjawab borang soal selidik berkenaan persepsi pengguna terhadap instrumen yang dihasilkan. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For social Science 16.0 (SPSS 16.0). keputusan yang perolehi berdasarkan borang soal selidik mendapati responden memberikan pandangan positif terhadap instrumen yang dihasilkan. Kesimpulannya instrumen yang dibangunkan sesuai untuk dijadikan alat ujian Vertical Jump bagi memudahkan proses pengujian dijalankan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10768
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:39
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11139

Actions (login required)

View Item View Item