Perbandingan Tempo Umpanan Terhadap Prestasi Rejaman dan Perkaitannya Dengan Ketinggian Pemain Bola Tampar

Ng, Sher Fen and Morazuki, Syahrul Ridhwan (2012) Perbandingan Tempo Umpanan Terhadap Prestasi Rejaman dan Perkaitannya Dengan Ketinggian Pemain Bola Tampar. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti jenis tempo second ball yang lebih berpotensi menyumbang skor dalam permainan bola tampar. Seramai enam orang pemain bola tampar wanita Universiti Teknologi Malaysia terlibat dalam kajian ini. Dalam kajian ini, subjek menjalani tiga sesi pengujian bagi setiap tempo second ball; Tempo 1, Tempo 2 dan Tempo 3. Bagi setiap sesi pengujian, subjek dikehendaki melakukan 10 rejaman;, masing-masing lima rejaman secara melintang dan lima rejaman secara menegak. Dapatan kajian mendapati bahawa Tempo 3 mencatatkan skor rejman yang lebih baik berbanding Tempo 1 dan Tempo 2. Selain itu, analisis statistik turut mendapati terdapat perbezaan skor yang signifikan di antara Tempo 3 dengan Tempo 1 (p < 0.01) dan di antara Tempo 3 dengan Tempo 2 (p < 0.001). Namun, tiada perbezaan skor rejaman yang signifikan di anatra Tempo 1 dengan Tempo 2. Berdasarkan dapatan kajian, dapat disimpulkan bahawa Tempo 3 berkemungkinan merupakan tempo second ball yang menyumbang skor yang lebih tinggi berbanding Tempo 1 dan Tempo 2.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10764
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:39
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11135

Actions (login required)

View Item View Item