Rekacipta Instrumen Pengesan Lompatan Batal Bagi Acara Lompat Jauh

Tolek, Mohd Suhaimie and Morazuki, Syahrul Ridhwan (2012) Rekacipta Instrumen Pengesan Lompatan Batal Bagi Acara Lompat Jauh. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menbangunkan satu instrumen pengesan lompatan batal bagi acara lompat jauh. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk menguji tahap kebolehpercayaan serta mengetahui persepsi pengguna terhadap instrumen yang dibangunkan. Seramai 10 orang atlet lompat jauh Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail terlibat sebagai subjek dalam kajian ini. Semua subjek tersebut dikehendaki menjalani dua sesi pengujian lompat jauh dimana setiap pengujian memerlukan tiga percubaan. Bagi pengujian pertama, subjek dikehendaki untuk melakukan lompatan sengaja batal manakala bagi pengujian kedua, lompatan yang dilakukan adalah seperti pada situasi yang sebenar. Pada kedua-dua pengujian, plastersin dan instrumen digunakan sebagai medium untuk mengesan lompatan yang batal. Dapatan kajian pengujian pertama mendapati terdapat dua lompatan batal dikesan pada plastersin manakala empat lompatan batal dikesan oleh instrumen. Bagi pengujian yang kedua, bilangan lompatan batal yang direkodkan bagi plastersin dan instrumen, masing-masing adalah empat dan enam. Analisis statistik mendapati tiada perbezaan yang signifikan bagi kedua-dua pengujian tersebut. Kesimpulannya, instrumen pengesan lompatan batal yang dibangunkan releven digunakan dalam latihan lompat jauh kerana ia member maklumat yang lebih tepat walaupun analisis statistik mendapati tiada perbezaan yang signifikan bagi bilangan lompatan yang dikesan di antara penggunaan plastersin dan instrumen yang dibangunkan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10762
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:39
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11133

Actions (login required)

View Item View Item