Kesan Program Latihan Ketangkasan Terhadap Masa reaksi, Koordinasi Dan Keseimbangan Badan Pemain Bola tampar Peringkat Universiti

Lee, Boon Kiat and Morazuki, Syahrul Ridhwan (2012) Kesan Program Latihan Ketangkasan Terhadap Masa reaksi, Koordinasi Dan Keseimbangan Badan Pemain Bola tampar Peringkat Universiti. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti kesan program latihan ketangkasan terhadap komponen koordinasi, keseimbangan badan dan masa reaksi pemain bola tampar. Seramai sepuluh orang pemain bola tampar peringkat universiti terlibat sebagai subjek kajian. Terdapat tiga peringkat dalam kajian ini iaitu; peringkat pertama - Ujian Ketangkasan Pra, peringkat kedua - Program Latihan Ketangkasan, dan peringkat ketiga - Ujian Ketangkasan Pos. Terdapat empat ujian yang dijalani oleh subjek pada peringkat pertama dan ketiga iaitu Ujian T, Hand Eye Coordination, Ujian Ruler Drop dan Ujian Standing Stork. Dalam Ujian Standing Stork, subjek menjalani ujian bagi dua kaki dominan dan kaki bukan dominan. Pada peringkat kedua, subjek menjalani program latihan ketangkasan selama empat minggu. Berdasarkan analisis data yang diperolehi daripada Ujian T, Ujian Standing Stork (kaki dominan) dan Ujian Standing Stork (kaki bukan dominan), terdapat peningkatan yang signifikan bagi komponen masa reaksi dan keseimbangan badan. Bagi komponen koordinasi, terdapat peningkatan direkodkan bagi Ujian Hand Eye Coordination dan Ujian Ruler Drop, namun peningkatan tersebut didapati tidak signifikan. Kesimpulannya, program latihan ketangkasan yang dijalankan dalam kajian ini memberi kesan yang positif terhadap semua komponen ketangkasan khususnya masa reaksi dan kesimbangan badan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10760
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:39
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11131

Actions (login required)

View Item View Item