Persepsi Guru Terhadap Keberkesanan Pengajaran Pendidikan Jasmani Satu Masa Di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagi Zon Johor Bahru

Hamzah, Abu Zarim and Morazuki, Syahrul Ridhwan (2012) Persepsi Guru Terhadap Keberkesanan Pengajaran Pendidikan Jasmani Satu Masa Di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagi Zon Johor Bahru. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji persepsi guru terhadap keberkesanan pelaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani dalam tempoh satu masa. Kajian ini dijalankan di sembilan buah sekolah menengah di sekitar Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Dalam kajian ini, soal selidik diedarkan kepada 42 orang guru yang mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. Selain itu, pemerhatian terhadap masa pergerakan pelajar dari kelas ke padang dan sebaliknya turut dijalankan. Ia bertujuan untuk mengenalpasti masa sebenar pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa lebih 50% guru tidak bersetuju bahawa pelajar tiba ke padang tepat pada masanya untuk mengikuti kelas Pendidikan Jasmani. Dapatan ini selari dengan pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik dimana pelajar secara purata mengambil masa selama 6.2 minit untuk ke padang. Kajian turut mendapati bahawa guru menamatkan pengajaran kira-kira 4.5 minit sebelum masa sebenar bagi memberi masa yang mencukupi kepada pelajar untuk pulang ke kelas. Situasi ini menyebabkan masa sebenar pengajaran Pendidikan Jasmani secara puratanya kurang dari 25 minit, sekaligus menyukarkan guru untuk mencapai objektif pengajaran. Hal ini terbukti selari dengan dapatan soal selidik di mana kira-kira 74% guru berpendapat bahawa objektif pengajaran sukar dicapai kerana kesuntukan masa. Oleh itu, kajian ini merumuskan bahawa tempoh pengajaran satu masa yang diperuntukkan untuk kelas Pendidikan Jasmani adalah kurang memadai kerana masa yang tidak mencukupi boleh menyumbangkan ketidakcapaian objektif pengajaran Pendidikan Jasamani tidak tercapai.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10759
Subjects: Sport Science Education > Sports Management
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:39
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11130

Actions (login required)

View Item View Item