Analisis Perrlawanan Hoki Lelaki Di Antara Pasukan Malaysia Dan Pasukan Pakistan

Zahrin, Zuryani and Ibrahim, Halijah (2012) Analisis Perrlawanan Hoki Lelaki Di Antara Pasukan Malaysia Dan Pasukan Pakistan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Analisis notasional ini membabitkan analisis Kejohanan Sukan Asia 2010 bagi perlawanan antara pasukan hoki Malaysia dengan pasukan hoki Pakistan. Subjek melibatkan kesemua pemain bagi kedua-dua pasukan iaitu seramai 31 orang, masing-masing berumur antara 19 tahun hingga 35 tahun. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kemahiran yang membabitkan serangan, pertahanan scoop, short corner dan juga menganalisis taktikal yang menyumbang kepada jaringan semasa perlawanan. Hasil kajian ini juga mendapati bilangan kemahiran hantaran bagi kedua-dua pasukan, Malaysia dan Pakistan menerusi Hwon masing-masing sebanyak 181 dan 201. Selain itu, terdapat perbezaan kemahiran menahan menerusi Mwon iaitu 283 (Malaysia) dan 316 (Pakistan). Manakala dari segi kemahiran scoop pula, terdapat perbezaan bagi kedua-dua pasukan menerusi SCwon (3 dan 6). Namun begitu, tiada sebarang perbezaan dalam pukulan short corner bagi kedua-dua pasukan. Objektif berikutnya adalah menganalisis taktikal serangan dan pertahanan permainan mengikut perlakuan kemahiran pemain. Kajian ini mendapati pasukan hoki Malaysia mencatatkan bilangan tertinggi bagi taktik serangan di bahagian zon kanan, sebaliknya pasukan hoki Pakistan pula lebih banyak melakukan taktik pertahanan menerusi zon kiri. Kesimpulanya, faktor kemenangan bagi pasukan hoki Pakistan adalah disebabkan oleh serangan yang lebih baik, tangkas melakukan kemahiran hantaran dan jaringan juga dari pukulan short corner oleh pasukan hoki Pakistan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10755
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:39
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11126

Actions (login required)

View Item View Item