Profail Kecergasan Fizikal Atlet Judo Di Malaysia

Zainon, Noor Maizura and Ibrahim, Halijah (2012) Profail Kecergasan Fizikal Atlet Judo Di Malaysia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tahap kecergasan fizikal merupakan aspek penting dalam sukan judo. Judoka perlu mempunyai tahap kecergasan yang tinggi seperti komponen ketangkasan yang bertujuan untuk bergerak dan menukar arah pergerakan dengan kadar yang cepat dan pantas sama ada ketika melakukan serangan ataupun mengelak diri dari pihak lawan. Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan norma dan profail tahap kecergasan fizikal atlet judo Malaysia. Komponen yang dihasilkan adalah komponen ketangkasan, kuasa, kelenturan daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot dan kelajuan. Seramai 20 orang subjek yang terdiri daripada atlet judo Malaysia terlibat dalam kajian ini. Terdapat sepuluh ujian yang dilakukan oleh subjek iaitu Ujian 1RM Bench Press, Ujian 1RM Leg Press, Ujian Bangkit Tubi Variasi, Ujian Standing Broad Jump, Ujian Tekan Tubi, Ujian Lari Pecut, Ujian Duduk dan Jangkau, Ujian Blip Test, Ujian Lari Ulang Alik, dan juga Special Judo Fitness Test. Data yang diperolehi direkodkan di dalam borang skor dan pencapaian ditetapkan berdasarkan norma yang dihasilkan. Hasil kajian mendapati tahap kecergasan fizikal atlet judo Malaysia masih berada pada tahap yang normal. Bagi pecahan komponen, didapati atlet lelaki dan wanita berada di tahap sangat bagus dalam ujian Tekan Tubi. Bagi Ujian Bangkit Tubi Variasi pula menunjukkan atlet lelaki dan wanita berada pada tahap yang bagus. Kesimpulan secara umum menunjukkan atlet judo Malaysia masih perlu menjalani program latihan yang dijalankan secara intensif supaya dapat meningkatkan lagi tahap kecergasan fizikal mereka.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10754
Subjects: Physics Education > Physics Education
Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:39
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11125

Actions (login required)

View Item View Item