Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Pengajaran Guru pelatih Lelaki Pendidikan Jasmani Di Sekitar Daerah Johor Bahru

Ismail, Mohd Alwi and Ibrahim, Halijah (2012) Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Pengajaran Guru pelatih Lelaki Pendidikan Jasmani Di Sekitar Daerah Johor Bahru. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dilaksanakan keatas Guru Pelatih Pendidikan Jasmani yang menjalani latihan Mengajar di sekolah sekitar Johor. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik dan rakaman video ke atas guru pelatih. Rakaman video dilakukan untuk melihat dengan lebih dekat lagi tahap keberkesanan pengajaran guru pelatih pendidikan jasmani. Pelajar kepada guru pelatih menjadi responden bagi mendapatkan maklumat dalam mengenalpasti tahap keberkesanan pengajaran guru pelatih di sekolah. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan Perisian Stastiscal Package For Social Science (SPSS) versi 15.0. Kajian ini menjurus kepada beberapa aspek seperti pengetahuan guru pelatih, kemahiran guru pelatih dan sikap guru pelatih. Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan persepsi pelajar terhadap keberkesanan pengajaran guru pelatih lelaki pendidikan jasmani di daerah sekitar Johor. Bahagian A merangkumi biodata responden, manakala Bahagian B pula mengandungi 36 item yang berkaitan dengan keberkesanana pengajaran guru pelatih pendidikan jasmani. Seramai 94 orang pelajar tingkatan 4 menjadi responden dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, keputusan kajian menunjukkan keberkesanan pengajaran guru pelatih berada pada tahap amat berkesan

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10753
Subjects: Sport Science Education > Sports Management
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:39
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11124

Actions (login required)

View Item View Item