Reka Cipta Alat Pengesan Kedudukan Tapak Kaki Pada springboard Dalam Acara Melombol Sukan Gimnastik artistik

Ahmad Dzulkifli, Jozuadi and Ibrahim, Halijah (2012) Reka Cipta Alat Pengesan Kedudukan Tapak Kaki Pada springboard Dalam Acara Melombol Sukan Gimnastik artistik. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Acara melombol adalah acara larian dan salah satu disiplin yang terdapat di dalam sukan gimnastik artistik bagi kategori lelaki dan perempuan. Terdapat tujuh fasa iaitu larian larian (run-up), halangan (hurdle), perlepasan (take-off), penerbangan pertama (first flight), sokongan (support), penerbangan kedua (second flight) dan pendaratan (landing). Objektif utama kajian adalah bertujuan merekacipta alat mengesan kedudukan tapak kaki pada springboard sebaiknya berada di fasa perlepasan menggunakan teknologi kamera dan perisian. Terdapat dua perisian yang saling berhubung untuk memaparkan titik jarak yang dirakam menggunakan perisian Tracker v1.0.0 dan perisian Springboard v1.0.0. Rekacipta yang dibangunkan untuk memberi panduan kepada pengguna terutama jurulatih dalam membantu penambahbaikan titik jarak antara kedudukan tapak kaki dengan kawasan sweet spot (kawasan berhampiran 20cm) apabila atlit melakukan fasa take-off pada springboard. Kaedah kebolehgunaan alat digunakan dengan tujuan mendapatkan ketekalan alat apabila subjek memijak pada jarak tertentu di permukaan springboard dan dapat menghasilkan data jarak di paparan skrin komputer. Dua kumpulan atlet (SUKMA dan baru) dan lima orang jurulatih Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail terlibat dalam kajian ini. Prosedur dijalankan dengan melihat kefungsian alat mengeluarkan bacaan jarak apabila atlet semasa melakukan fasa take off sebanyak lima kali percubaan dengan melakukan kemahiran hambur tangan (handspring). Soal selidik diedarkan kepada jurulatih selepas ujian keatas atlit di laksanakan. Data mentah akan di analisis menggunakan Microsoft Office Exel 2010. Secara keseluruhannya, alat perisian ini menunjukkan satu perkembangan yang positif bagi mempertingkatkan lagi mutu sukan gimnastik artistik khususnya di Malaysia.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10752
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:38
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11123

Actions (login required)

View Item View Item