Suitable Teaching Styles That Discriminate different Learning Styles Among Teacher Trainees in Universiti Teknologi Malaysia (utm)

Tan, Jun Bin and Hee, Jee Mei (2012) Suitable Teaching Styles That Discriminate different Learning Styles Among Teacher Trainees in Universiti Teknologi Malaysia (utm). Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini menyiasat gaya pengajaran dan gaya pembelajaran yang paling digemari oleh guru praktikal di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini turut menyiasat perbezaan antara jantina, pencapaian akademik, dan gred pengajaran praktikal kedua-dua gaya tersebut. Model gaya pengajaran Grasha dan Myers Briggs Types Indicator (MBTI) telah digunakan sebagai instrumen untuk menilai jenis gaya pengajaran dan gaya pembelajaran pelajar masing-masing. Kajian ini dijalankan ke atas 150 orang guru pelatih tahun akhir di UTM dengan menggunakan soal-selidik. Keputusan menunjukkan majoriti pelajar mempunyai gaya pengajaran Personal Model, Facilitator and Expert. Kajian juga mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara jantina, pencapaian akademik dan gred pengajaran praktikal dalam gaya pengajaran. Tambahan, keputusan menunjukkan bahawa Extraversion Sensing ThinkingJudging (ESTJ) merupakan gaya pembelajaran yang paling digemari di kalangan pelajar. Keputusan turut menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan di antara jantina atau aras pencapaian akademik yang berlainan dalam gaya pembelajaran. Analisis diskriminasi digunakan untuk mencari diskriminan gaya pengajaran yang dapat membezakan gaya pembelajaran antara satu sama lain di setiap dimensi. Dalam dimensi sikap, gaya pengajaran Facilitator dan Delegator dapat membezakan jenis pembelajaran Extraversion dari Introversion manakala gaya pengajaran Expert dapat membezakan sebaliknya. Di dimensi persepsi, gaya pengajaran Formal Authority dan Expert dapat membezakan gaya pembelajaran Sensing dari Intuition manakala gaya pengajaran Facilitator dan Delegator dapat membezakan yang sebaliknya. Di dimensi pembuat keputusan, gaya pengajaran Formal Authority dan Expert dapat membezakan gaya pembelajaran Thinking dari Feeling manakala gaya pengajaran Facilitator dan Delegator dapat membezakan yang sebaliknya. Di dimensi kehidupan pula, hanya gaya pengajaran Formal Authority yang dapat membezakan gaya pembelajaran Judging dari gaya Perceiving manakala gaya pengajaran Delegator sahaja yang dapat membezakan yang sebaliknya.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10719
Subjects: Higher Education > Teacher education
Education and Development > Teacher Training
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:37
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11090

Actions (login required)

View Item View Item