Teaching Literature Through Graphic Novel For beginners: A Case Study

Ibrahim, Mas Norsyamimi and Azhar, Zairus Norsiah (2012) Teaching Literature Through Graphic Novel For beginners: A Case Study. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Dewasa ini, penggunaan grafik novel serta komik sangat popular di kalangan remaja. Bahan bacaan ini tidak terhad sebagai koleksi bacaan santai kerana ia juga dipercayai mempunyai potensi di dalam pembelajaran bahasa terutamanya pembelajaran kesusasteraan Inggeris. Hasilnya, grafik novel telah digunakan di dalam kurikulum pembelajaran Bahasa Inggeris di Malaysia. Communicative Language Teaching (CLT) telah digunapakai sebagai pendekatan utama dalam pengajaran Bahasa Inggeris. Di dalam pengajaran kesusasteraan, guru dijangka untuk meningkatkan tahap kreativiti pelajar dengan melaksanakan aktiviti yang produktif seperti lakonan berwatak, persembahan bacaan, dan pelbagai aktiviti yang lain yang menuntut guru untuk mengasimilasi pendekatan yang mendukung unsur CLT di dalam aktiviti-aktiviti pengajaran and pembelajaran kesusasteraan. Walaubagaimanapun, terdapat kritikan tentang realiti pendekatan, teknik serta aktiviti yang dilaksanakan oleh guru di dalam pengajaran kesusasteraan Inggeris buat masa kini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan serta aktiviti yang diaplikasikan oleh guru di dalam pengajaran kesusasteraan Inggeris melalui grafik novel. Tambahan lagi, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada pemilihan pendekatan yang diaplikasikan oleh guru. Pendekatan kajian kualitatif yang bertumpu kepada kaedah kajian kes telah dipilih sebagai pendekatan untuk melaksanakan kajian ini. Seorang guru terlibat secara langsung sebagai responden kajian ini. Empat set pemerhatian bilik darjah serta kaedah temubual telah dijalankan. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan senarai semak serta catatan semasa pemerhatian bilik darjah. Transkripsi sesi pengajaran dan pembelajaran digunakan untuk memperkukuhkan dapatan kajian. Kajian mendapati responden melaksanakan pendekatan information-based approach dan paraphrastic approach di dalam pengajaran kesusasteraan melalui grafik novel. Selain itu, kajian mendapati kekurangan kemahiran serta pengalaman, tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar yang lemah, serta jangkaan pelajar adalah faktor-faktor yang menyumbang kepada pelaksanaan pendekatan oleh guru dalam mengajar kesusasteraan melalui grafik novel. Oleh itu, diharap pihak yang berkaitan dapat mempertimbangkan langkah-langkah penyelesaian terhadap masalah yang mengekang guru daripada melaksanakan pendekatan yang dapat menggalakkan kreativiti serta interaksi di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru diharap dapat melaksanakan pendekatan yang dapat mengcungkil kreativiti serta potensi pelajar secara maksima.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10714
Subjects: Linguistics Education > Literature Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:36
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11085

Actions (login required)

View Item View Item