Role Play As A Tool Of Teaching Literature Through Graphic novels: How Effective Is It?

Sivasami, Raaghini and Mahmood, Mohd.nasir (2012) Role Play As A Tool Of Teaching Literature Through Graphic novels: How Effective Is It? Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Penghayatan watak adalah satu kaedah pengajaran di mana pada mulanya Keberkesanan pelajar disediakan dengan input. Kemudian, mereka ditugaskan dengan watak-watak tertentu yang memerlukan mereka untuk melakonkan watak tersebut. penghayatan watak telah didokumenkan melalui pelbagai kajian penyelidikan. Walau bagaimanapun, kajian megenai kebaikan penghayatan watak dalam pengajaran sastera mengunakan novel grafik adalah sangat sedikit Ini disebabkan, novel grafik merupakan bahan bertulis yang baru diperkenalkan dalam Komponen Kesusasteraan Bahasa Inggeris. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mencari kebaikan perlaksanaan penghayatan watak dalam pengajaran sastera melalui novel grafik. Objektif kajian adalah i) untuk mengenal pasti sejauh manakah penghayatan watak memainkan peranan dalam membantu pelajar memahami kesusasteraan melalui novel grafik, ii) untuk mengenal pasti kebaikan penghayatan watak dan iii) untuk menyiasat persepsi guru mengenai pelaksanaan penghayatan watak dalam pengajaran sastera melalui novel grafik. Adalah diharapkan bahawa kajian ini dapat membantu untuk mengatasi masalah pelajar yang mempunyai kesukaran dalam pembelajaran sastera. Kajian ini telah dijalankan di sekolah menengah. Seramai 64 orang pelajar dari Tingkatan 1 dan dua orang guru merupakan responden kajian ini. Kumpulan eksperimen menerima kaedah pengajaran menggunakan penghayatan watak manakala kumpulan kawalan menerima kaedah konvensional. Data kualitatif telah dikumpulkan dalam kajian ini menggunakan tiga jenis instrumen: ujian pra dan pasca, borang penilaian pelajar dan sesi temuduga. Semua data dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Kajian ini mendapati bahawa semua pelajar menunjukkan skor rendah sebelum rawatan. Walau bagaimanapun, selepas rawatan, pelajar dari kumpulan eksperimen menunjukkan peningkatan yang ketara. Pelajar dari kumpulan kawalan tidak menunjukkan peningkatan yang sama. Oleh itu, penggunaan penghayatan watak menggambarkan peranan penting dalam memahami kesusasteraan novel grafik di dalam kelas. Selain itu, data kualitatif menunjukkan bahawa penghayatan watak dapat meningkatkan komunikasi pelajar serta minat dalam pembelajaran kesusasteraan Inggeris. Kesimpulannya, kajian ini telah membuktikan bahawa penghayatan watak menggalakkan penyertaan pelajar dalam mempelajari sastera novel grafik.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10709
Subjects: Linguistics Education > Literature Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:36
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11080

Actions (login required)

View Item View Item