The Act Of Complimenting In Malaysian English

Koh, Grace Ming Ai (2008) The Act Of Complimenting In Malaysian English. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Memuji adalah satu perlakuan pertuturan yang sangat menarik untuk dikaji kerana budaya yang berlainan mempunyai tanggapan perilaku yang tersendiri. Kajian yang dijalankan oleh Yu (2005) dan Chiang & Pochtrager (1993) telah membuktikan bahawa budaya yang berlainan memberi dan menerima pujian dengan cara tersendiri.Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji bagaimana perlakuan memuji dilakukan dan bagaimana ia diterima di kalangan pentutur Bahasa Inggeris di Malaysia. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah dengan merekod perbualan biasa dalam konteks yang sebenar. Transkripsi perbualan dianalisis dan dibahagikan kepada tokentoken yang berkaitan dengan perlakuan memuji. Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun masyarakat Asia yang lain cenderung menolak pujian yang diberi, penutur Bahasa Inggeris di Malaysia kebanyakannya menerima pujian yang diberi, tetapi dalam masa yang sama mengalih dan mengurangkan kuasa puji-pujian tersebut, demi mengelak daripada memuji diri sendiri. Implikasi penyelidikan ini menunjukkan bahawa guru-guru perlu mengajar ragam perlakuan pertuturan memuji dan menerima pujian disamping mendedahkan pelajar tentang pengunaan bahasa yang bukan sahaja menepati tujuan berkomunikasi yang tipikal tetapi juga memenuhi tujuan pragmatik

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07947
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:11
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11077

Actions (login required)

View Item View Item