Masalah Guru Pendidikan Khas Program Integrasi dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah , Daerah Kota Tinggi, Johor

Arshad, Muallimah and Mohd Said, Mohd Rizal (2008) Masalah Guru Pendidikan Khas Program Integrasi dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah , Daerah Kota Tinggi, Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian deskriftif ini bertujuan untuk mengkaji masalah-masalah yang di hadapi oleh guru-guru Pendidikan Khas program Integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup. Soal selidik di gunakan sebagai instrumen kajian yang diedarkan kepada sampel yang terdiri daripada sejumlah 33 orang guru yang mengajar di 13 buah sekolah menengah harian biasa, Daerah Kota Tinggi, Johor. Analisis kajian di buat berdasarkan kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for The Social Services ) versi 12.0. Ujian kebolehpercayaan atau reabiliti analisis telah di jalankan ke atas 10 orang responden yang tidak termasuk dalam sampel kajian dan alpha croanbach yang diperolehi ialah 0.809. Pada keseluruhannya hasil analisis menunjukkan majoriti guru Pendidikan Khas menghadapi permasalahan , terutamanya dalam permasalahan yang berkaitan teori pengajaran dan kemahiran amali, diikuti masalah kurang pengetahuan dan kemahiran dalam mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup, kesukaran mendapat kerjasama daripada ibubapa pelajar dan permasalahan yang akhir berkaitan kemudahan fizikal dan bahan pengajaran untuk matapelajaran kemahiran hidup. Beberapa cadangan diberi bagi mengatasi permasalahan yang di hadapi guru-guru ini, supaya dapat meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas di masa akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07945
Subjects: Technical & Vocational Education > Living Skills
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:11
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11075

Actions (login required)

View Item View Item