Kepuasan Mahasiswa Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej 10, universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Mohd Ali, Mohd Nazaruddin and Said, Hamdan (2008) Kepuasan Mahasiswa Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej 10, universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kehidupan di Kolej 10. Kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kehidupan ini ditinjau dari lapan aspek iaitu persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan, layanan staf dan ahli jawatankuasa mahasiswa kolej kediaman, pentadbiran pejabat, keseluruhan pengalaman, pengawasan dan keselamatan, program dan aktiviti yang dijalankan, dan perkhidmatan makanan. Kajian deskritif ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan melibatkan seramai 305 responden Kolej 10 yang dipilih secara rawak. Data dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) dan dapatan dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa mahasiswa berpuashati terhadap kualiti kehidupan di Kolej 10 dalam semua lapan aspek yang dikaji. Kajian ini juga memajukan cadangan untuk menambahbaik kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kehidupan di kolej kediaman dan cadangan kajian lanjutan yang boleh dilakukan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07941
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:11
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11071

Actions (login required)

View Item View Item