Kepuasan Mahasiswa Terhadap Kualiti Kehidupan di Kolej 16 Dan 17, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, johor

Amat, Salihin and Said, Hamdan (2008) Kepuasan Mahasiswa Terhadap Kualiti Kehidupan di Kolej 16 Dan 17, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian bertajuk Kepuasan Mahasiswa Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej 16 dan 17 Universiti Teknologi Malaysia ini bertujuan untuk mengenal pasti kepuasan pelajar terhadap tujuh aspek kehidupan di Kolej 16 dan 17. Kualiti kehidupan pelajar ini ditinjau dari aspek persekitaran kolej, kemudahan dan perkhidmatan, layanan oleh staf dan Ahli Jawatankuasa Mahasiswa, pentadbiran pejabat pengurusan, keseluruhan pengalaman, pengawasan dan keselamatan dan program dan aktiviti. Kajian deskritif ini menggunakan soalselidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data. Seramai 249 orang responden telah terlibat dalam kajian ini. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) dan dipaparkan dalam bentuk kekerapan, peratusan, dan min. Dapatan kajian menunjukkan penghuni Kolej 16 dan 17 meletakkan kualiti kehidupan mereka berada pada tahap sederhana dalam aspek persekitaran, layanan kakitangan dan Jawatankuasa Mahasiswa, pentadbiran pejabat pengurusan, keseluruhan pengalaman, pengawasan dan keselamatan, program dan aktiviti, dan kemudahan dan perkhidmatan. Kajian ini turut memberikan tindakan susulan dan cadangan kajian lanjutan yang boleh dilakukan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07940
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:11
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11070

Actions (login required)

View Item View Item