Kesediaan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan Utm Berkhidmat di Kawasan Pedalaman

Ismail, Norhidayah and Abu, Baharin (2008) Kesediaan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan Utm Berkhidmat di Kawasan Pedalaman. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan guru pelatih Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia untuk berkhidmat di kawasan pedalaman. Kajian merangkumi sikap dan minat, kemahiran mengajar, masalah yang dijangkakan berlaku dan juga perbandingan kesediaan antara lelaki dan perempuan. Kajian ini melibatkan 62 orang responden tahun akhir yang terdiri daripada 28 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)-(SPM) dan 34 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)-(SPT). Responden kajian ini terdiri daripada 55 orang perempuan dan 7 orang lelaki. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik yang dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian A (5 item latarbelakang responden), bahagian B dan C (33 item objektif) dan bahagian D (satu soalan terbuka). Datadata kuantitatif bahagian A, B dan C yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) 12.0 for Windows untuk mendapatkan bentuk peratusan, kekerapan dan min. Data kualitatif bagi item bahagian D dikategorikan mengikut tema dan dikuantitikan dalam bentuk kekerapan. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen adalah 0.96. Dapatan kajian mendapati tahap kesediaan sikap dan minat, dan kemahiran mengajar guru pelatih berada pada tahap sederhana. Berdasarkan perbandingan antara faktor jantina, guru pelatih lelaki lebih bersedia daripada kedua-dua aspek berbanding guru pelatih perempuan. Dapatan kajian juga mendapati beberapa masalah yang dijangkakan berlaku oleh guru pelatih. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan tahap kesediaan guru pelatih masih berada pada tahap sederhana. Beberapa cadangan kajian turut dibincangkan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07938
Subjects: Higher Education > Teacher education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:11
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11068

Actions (login required)

View Item View Item